Friday 5 October 2012

Bukan senang nak jadi senang

Mesti ramai yang mengeluh kerana nasib diri tak pernah ada LUCK. Semua orang impikan hidup yang senang..ada rumah besar, kereta besar, kerja tak besar pon tak pe janji tiap hari masyuk...poket tebal..bukan dengan resit hutang tapi dengan MONEY... Memang susah nak jadi senang. Tapi, sebenarnya kita tak sedar ada sebab yang memungkinkan kita tak senang-senang hingga ke hari ini. Setiap yang Allah bagi kepad kita pasti bersebab. Kita yang sentiasa tidak bersyukur dengan yang telah kita kecapi. Mungkin ramai yang beranggapan orang senang tiada masalah..nak apa-apa sahaja pasti dapat dimiliki....tapi orang tidak tahu apabila sudah menjadi kaya...sebenar juga masih 'susah'...susah hati... susah hati untuk memikir jalan bagi menambahkan lagi kekayaan yang telah ada...susah hati kerana bimbang rumah dirompak...susah hati tender jatuh ke tangan orang lain...susah hati itu dan susah hati ini....sedangkan kita yang hidup penuh kesederhanaan ini..teruslah kehidupan dengan keselesaan yang paling penting, dapatkan keberkatan gaji atau upah yang diperoleh dengan menghulurkan seberapa yang mampu kepada kedua-dua orang tua kita. InsyaAllah harta yang sedikit tapi terasa cukup.